NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - vii
8 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 April 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - vii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR telah memberi penerangan kepada peserta tentang pola bagi baju kurung. Seterusnya, guru MAHIR memberi contoh reka cipta baju dahulu.
Akhir sekali. guru MAHIR menerangkan cara untuk melukis pola bagi baju kurung dan ukuran mengikut saiz.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menjahit para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: